BUTTERWORTH - Sebanyak 1,800 beg mengandungi 1,800 kilogram (kg) makanan haiwan dari Itali dirampas oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang pada Rabu. Pengarahnya, Muhammad Ikram Abd Talib berkata, kesemua makanan haiwan itu dirampas ketika dibawa masuk ke negara ini di Pelabuhan Dermaga Air Dalam (DAD) di sini pada jam 5.40 petang.
BUKIT KAYU HITAM - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) telah menahan dua buah lori yang membawa makanan haiwan dari negara Thailand di Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam pada Jumaat.