GEORGETOWN - Seorang pegawai kanan di sebuah majlis perbandaran di Kedah direman lima hari di Mahkamah Majistret Georgetown bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan RM200,000, dua tahun lalu. Seorang kontraktor berusia 48 tahun yang dipercayai mempunyai kaitan dalam kes itu turut direman.