Duta vaksin tingkat kesedaran Orang Asli
A
A
SEREMBAN- Masyarakat Orang Asli yang menerima vaksin Covid-19 akan menjadi duta di kampung masing-masing bagi meningkatkan kesedaran dan pertambahan jumlah bilangan Orang Asli bersetuju menerima vaksin.
Timbalan Ketua setiausaha (Dasar) Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Che Murad Sayang Ramjan berkata, duta ini berperanan menyampaikan maklumat yang tepat mengenai vaksin. Dalam masa sama mereka berkongsi pengalaman berkaitan vaksin dengan anak buah dalam bahasa suku kaum masing-masing. Seperti Tok Batin yang telah menerima vaksin, mereka ini akan menjadi teladan kepada masyarakat kaum itu untuk turut sama menerima suntikan vaksin, katanya selepas mengadakan lawatan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Majlis Bandaraya (MBS) Seremban pada Sabtu.