Polis buka kertas siasatan Tok Pa langgar SOP
A
A
JELI - Polis sudah membuka kertas siasatan terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed atau Tok Pa berkaitan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Kawalan Pergerakan di dalam Pelan Pemulihan Negara selepas gambarnya sedang makan di sebuah kafe tular pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Arifin berkata, pihaknya akan memanggil Ahli Parlimen Jeli itu bersama tiga lagi individu terlibat bagi membantu siasatan berhubung pelanggaran SOP itu. Kesemua yang terlibat ini disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021, katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Isnin.
Langgar SOP: Mustapa mohon maaf, serah pada polis
sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
Bekas Pengarah Maritim didakwa rasuah
sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.