Digitalisasi pacu pembangunan pengadilan KRM
A
A
KESATUAN Ragbi Malaysia (KRM) menerusi Sekolah Kepengadilan Cikgu Maniam Akademi Ragbi Malaysia sentiasa proaktif dalam meningkatkan tahap profesionalisme dan mutu pengadilan badan induk ragbi negara tersebut.
Penganjuran Bengkel Latihan Persediaan Pengadil Ragbi Malaysia 2021, menerusi sesi webinar merupakan antara pendekatan jangka panjang ke arah usaha tersebut.
Menurut Pengarah Kepengadilan Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Ahmad Effendy Abdul Razak, tujuan bengkel adalah untuk meningkatkan pengetahuan mengenai konsep dan kaedah sebenar latihan persediaan untuk pengadil. Ia juga persediaan kepada proses pembangunan pengadil junior, elit untuk pelapis kepada pengadil berprestasi tinggi untuk berkhidmat pada pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Jadikan UPSI pusat sehenti sukan ragbi sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.