KUANTAN - Pahang merekodkan hanya 32 peratus kadar vaksin lengkap bagi populasi dewasa setakat Ahad. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Lee Chean Chung berkata, peratus itu masih rendah dan kerajaan Pahang perlu mempercepatkan kadar vaksinasi agar dapat mencapai 50 peratus kadar vaksin lengkap dua dos populasi dewasa bagi pembukaan sektor perniagaan.