KUALA LUMPUR - Penerimaan semula bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam untuk menjadi ahli parti itu semula adalah proses biasa. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada Rabu membuat ketetapan untuk menerima semula Lokman tetapi hanya sebagai ahli biasa.