DUNGUN - Kambing digunakan sebagai umpan untuk memerangkap seekor harimau belang jantan digelar 'Atan Kertih' di Ladang Sawit Felda Kerteh 4, di sini. Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, harimau belang seberat 100 kilogram itu disedari memasuki perangkap semasa anggota Perhilitan membuat pemeriksaan di lokasi perangkap tersebut dipasang pada pagi jumaat.