Kenapa janji temu vaksin 14 hingga 18 Jun ditunda
A
A
KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) diminta menjelaskan punca penangguhan janji temu suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini bermula 14 hingga 18 Jun ini.
Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, orang ramai wajar menerima penjelasan punca janji temu mereka ditangguhkan.
Menurutnya, penangguhan pada saat-saat akhir itu menyusahkan orang ramai terutama mereka yang terlibat pada tarikh penangguhan berkenaan. Mereka sudah pastinya melakukan segala persiapan untuk pergi mengambil vaksin, namun dengan mudah sahaja penangguhan ini diumumkan. Apakah sebab penangguhan ini sama ada disebabkan isu kehabisan bekalan vaksin, perlu menunggu bekalan baharu atau JKJAV mengalami masalah logistik? Apa pun alasannya orang awam perlu tahu sebabnya, katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.