Tujuh legenda negara dimasyhur sebagai anggota Kelab Abad FIFA
August 4, 2021
KUALA LUMPUR: Empat legenda bola sepak negara termasuk bekas pertahanan skuad kebangsaan Datuk Soh Chin Ann yang disahkan sebagai pemain memiliki penampilan antarabangsa terbanyak, diisytihar sebagai anggota terbaharu Kelab Abad Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Perkara itu diumumkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan semalam selepas menerima pengesahan dari FIFA, menerusi kemas kini terbaharu terhadap keanggotaan Kelab Abad FIFA yang dikhaskan untuk pemain yang mencatat 100 penampilan antarabangsa ke atas.
Advertisement
Kemas kini terbaharu itu bermakna kini terdapat tujuh legenda bola sepak negara berada dalam senarai itu.
Tiga lagi yang menjadi anggota terbaharu dari Malaysia menyertai senarai berprestij berasaskan statistik rasmi FIFA dengan kerjasama badan mengumpul statistik melibatkan persatuan bola sepak, RSSSF itu terdiri daripada Zainal Abidin Hassan, mendiang Datuk M.Chandran dan Datuk Santokh Singh.