JOHOR BAHRU - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan pertemuan tertutup dengan Biro Politik UMNO Johor di kediaman rasmi Menteri Besar Johor di Saujana di sini pada Jumaat. Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO dilihat memasuki pekarangan kediaman rasmi berkenaan pada jam 2.15 petang sebelum meninggalkan kawasan tersebut pada jam 3.50 petang.