KUALA LUMPUR - Tiga individu termasuk dua wanita ditahan kerana disyaki terlibat dengan sindiket perjudian dalam talian di dua buah unit kondominium di Wangsa Maju di sini pada Khamis. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, kesemua suspek disyaki bekerja sebagai operator untuk mengendalikan akitiviti perjudian dalam talian di kediaman tersebut.