Suspek Pembunuhan Bayi Setahun Meninggal Dunia Di Hospital
Kini Trending
Seorang kanak-kanak berusia setahun lapan bulan disahkan meninggal dunia apabila dipercayai ditetak oleh bapa saudaranya tanpa sengaja dalam satu pergaduhan melibatkan ahli keluarga di Kampung Parit Mahang, Jeram, Kuala Selangor. Difahamkan, punca pergaduhan tersebut disebabkan oleh masalah kewangan yang dihadapi oleh keluarga itu.
Artikel berkaitan:
Susulan itu, Polis Kuala Selangor telah menangkap suspek berusia 27 tahun di lokasi kejadian dan turut merampas sebilah parang panjang. Terbaharu, menerusi laporan Polis Kontijen Selangor, suspek telah disahkan meninggal dunia di Hospital Tanjung Karang dipercayai mengalami kecederaan susulan insiden tersebut.
Kelihatan dalam keadaan lemah
Kejadian tersebut melibatkan pergaduhan yang berlaku dalam sebuah keluarga sehingga mengakibatkan nyawa seorang bayi terkorban. Menurut laporan Ketua Polis Selangor, CP Dato Arjunaidi Mohamed memaklumkan dalam insiden tersebut pihaknya telah meleraikan pergelutan antara ahli keluarga itu.