KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs) berharap pertimbangan Perdana Menteri untuk menstrukturkan semula setiap kementerian supaya fungsinya lebih tersusun dan terkoordinasi. Presidennya Adnan Mat berkata, perkara itu amat penting supaya setiap kementerian dapat memberi fokus kepada visi dan misi masing-masing dalam berdepan cabaran pandemik Covid-19.