ISKANDAR PUTERI - Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) disahkan positif Covid-19 manakala tiga lagi diarahkan menjalani kuarantin. Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kaiat berkata, perkara itu disahkan pada Ahad selepas Persidangan Keempat DUN Johor yang ke-14 disambung semula selepas direhatkan pada 12 Ogos lalu. Beliau memberitahu, saringan ujian saringan Covid-19 Rapid Test Kit Antigen (RTK-Antigen) perlu dilakukan kesemua ADUN setiap hari sehingga persidangan berakhir pada Rabu ini.