SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikuatkuasakan terhadap sembilan lokaliti melibatkan negeri Sabah dan Pahang berkuatkuasa 16 Ogos hingga 29 Ogos ini. Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, lokaliti di Sabah melibatkan Kampung Sungai Pukul dan Kampung Muhibbah Raya, Tawau; Kampung Paka Kawiyan dan Kampung Matupang, Ranau.