MELAKA - Sektor pelancongan Melaka akan dibuka kepada rakyat negeri itu bermula esok sempena peralihan ke fasa tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis. Menurut beliau, antara aktiviti dibenarkan adalah pelancongan dan kebudayaan dalam negeri dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk hanya 50 peratus pelancong dibenarkan berada di dalam premis pelancongan, memakai pelitup muka, penjarakan fizikal dan sanitasi.