Runtuhan besi perancah: Prasarana arah kontraktor jalan siasatan menyeluruh
A
A
SHAH ALAM – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) telah mengarahkan kontraktornya menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden runtuhan perancah besi di laluan Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Shah Alam (dahulu dikenali sebagai LRT 3) di Jalan Langat, Bandar Bukit Tinggi.
Prasarana yang merupakan pemilik projek LRT Shah Alam dalam kenyataannya mahu kontraktor, MRCB George Kent Sdn Bhd memberikan laporan terperinci dan langkah-langkah mitigasi untuk memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang di masa depan.
"Kami percaya keselamatan adalah penting dan memerlukan perhatian dan komitmen sepenuhnya dari semua pihak yang terlibat untuk memastikan keselamatan keseluruhan tempat kerja dijaga dan perlu mematuhi dengan peraturan keselamatan pada setiap masa.