PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan pada Jumaat menolak rayuan Dr Zakir Naik terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban, S Raveentharan memindahkan perbicaraan saman fitnah yang difailkan penceramah bebas itu terhadapnya dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.