IPOH - Polis Perak menggempur sebuah pusat hiburan dan menahan 24 individu termasuk dua wanita warganegara China di Bandar Baru Medan Ipoh di sini pada Ahad. Operasi yang dijalankan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh sekitar jam 1 pagi itu mendapati 13 daripada individu yang ditahan adalah positif dadah.