KOTA KINABALU - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selamat tiba ke Kota Kinabalu, Sabah kira-kira jam 11 pagi Khamis. Beliau yang dalam lawatan kerja sehari ke Negeri di Bawah Bayu itu bagi menghadiri sambutan Hari Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada malam ini. Ketibaan Perdana Menteri di sambut oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan barisan pemimpinan negeri di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) sebelum bergerak ke Pusat Bandar untuk menghadiri satu majlis tertutup.