PM dapatkan pandangan peguam negara tentukan tarikh persidangan parlimen
28 Jun 2021 / 12:30 H.
-Bernama
KOTA BHARU: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menentukan tarikh yang sesuai untuk mengadakan Persidangan Parlimen selepas mendapat pandangan Peguam Negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan. (
pix)
Beliau berkata kemudian, Perdana Menteri akan memaklumkan perkara tersebut kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Katanya selepas itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat akan mengeluarkan notis 28 hari kepada Ahli-ahli Parlimen, seperti ditetapkan dalam peraturan.
“Ketika ini, notis belum dikeluarkan kerana di bawah Ordinan Darurat Parlimen tidak boleh bersidang. Selepas Proklamasi Darurat ditamatkan barulah boleh dikeluarkan notis, sekiranya Parlimen hendak bersidang.