By: Bernama
Text Size:
KINABATANGAN: Perahu menjadi ‘bilik darjah’ seorang guru di Kinabatangan dalam memastikan tiada muridnya tercicir dalam pelajaran ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka tidak dapat dijalankan.
Nasir Mohamed Jamal, 39, seorang guru dI Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Permai turut menggunakan perahu itu untuk menghantar modul pembelajaran setiap minggu kepada murid.
“Saya atau rakan guru lain akan mengambil inisiatif sendiri untuk menghantar modul Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) menggunakan perahu sekali atau dua kali seminggu.
ADVERTISEMENT
“Ini kerana menjalankan PdPR menggunakan peranti adalah mustahil kerana kami tiada perkhidmatan jalur lebar (yang baik),” katanya ketika dihubungi Bernama.