BUKIT MERTAJAM - Sebanyak 41 kes positif Covid-19 direkodkan melibatkan peniaga dan pekerja Pasar Awam Kepala Batas melalui ujian swab yang dilakukan sebelum ini. Berikutan itu, arahan penutupan pasar awam berkenaan yang dikeluarkan sebelum ini selama 10 hari bermula 4 Ogos lalu sehingga 13 Ogos dilanjutkan 10 hari lagi atau sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.