KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menjalankan ujian antibodi untuk vaksin Covid-19 kerana masih tiada garis panduan klinikal dikeluarkan mengenai perkara itu, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin.