Pegawai polis cedera ketika cuba tahan suspek pelacuran
06 Jul 2021 / 12:51 H.
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai polis cedera ketika cuba menahan seorang suspek, disyaki terlibat dengan sindiket pelacuran dalam serbuan menerusi Op Noda di sebuah hotel di Jalan Pudu Ulu, di Cheras dekat sini, malam tadi.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Kuala Lumpur ACP Nasri Mansor berkata dalam kejadian pada pukul 9.30 malam itu, pegawai berusia 34 tahun itu cedera di tangan kiri dan dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia untuk mendapatkan rawatan.
“Dalam operasi itu seramai tujuh wanita warga Thailand dan seorang lelaki tempatan, berusia 26 hingga 45 tahun ditahan.