Pas setuju UMNO tidak desak kerajaan adakan PRU15
A
SHAH ALAM - Pas setuju dengan keputusan UMNO untuk tidak mendesak kerajaan mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dalam waktu terdekat memandangkan negara masih berdepan dengan pandemik Covid-19.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, keputusan tersebut amat tepat pada masanya kerana fokus kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri untuk memerangi Covid-19 yang masih belum reda.
Beliau berkata, parti-parti politik turut sama menumpukan kepada usaha membantu rakyat yang terkesan teruk bukan sahaja dari segi aspek kesihatan, malah ekonomi.
“Justeru, semua pihak terutama parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tanpa mengira fahaman serta aliran pemikiran agar sama-sama dapat membantu kerajaan menyelesaikan wabak yang merupakan darurat besar.