SHAH ALAM - Majlis mengangkat sumpah jawatan membabitkan 31 menteri dan 38 timbalan menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur hari ini. Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Rahsia itu dijadualkan bermula pada jam 2.30 petang.