DUA jaguh badminton perseorangan lelaki para negara Cheah Liek Hou dan Didin Taresoh disifatkan sudah bersedia menyahut cabaran dalam acara badminton Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Yoyogi. Namun legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek, mahu kedua-dua anak buahnya itu memberi fokus kepada satu perlawanan ke satu perlawanan bagi mengelak tekanan berlebihan dalam misi meraih pingat emas yang disasarkan sebelum ini.