Lelaki dipercayai conteng dinding Istana dan tumbuk polis maut
16 Jul 2021 / 08:30 H.
Gambar hiasan
ALOR SETAR: Seorang lelaki yang cuba melarikan diri daripada polis maut, selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di tepi jalan di kawasan Bedong dekat Sungai Petani pada 8.20 malam semalam.
Ketua Polis Kedah Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, suspek yang berumur 30-an itu terlebih dahulu disyaki menconteng dinding Istana Anak Bukit, Alor Setar dan menumbuk seorang anggota polis wanita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.
“Pada pukul 3 petang (semalam) suspek yang menaiki motosikal berwarna hitam, telah menconteng dinding tembok Istana Anak Bukit dengan tulisan ‘SAMR’, sebelum melarikan diri dan gerakan mengesan suspek telah dimulakan.