SHAH ALAM - Pakar kesihatan berpandangan adalah lebih baik waktu operasi semua premis termasuk kedai makan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 tidak dilanjutkan memandangkan jumlah kes semasa Covid-19 di negara ini masih tinggi. Pensyarah Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Safiya Amaran berkata, langkah itu perlu dalam usaha untuk mengekang penularan wabak yang boleh membawa maut tersebut.