KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang lebih tegas terhadap ketua sindiket seludup rokok yang mengaut keuntungan berbilion-bilion hasil daripada kegiatan penyeludupan rokok. Pensyarah Kanan di Institut Jenayah dan Kriminologi di HELP University, R Paneir Selvam berkata, Malaysia kini berada hampir dalam situasi cukup getir berhubung isu penyeludupan barangan dan kumpulan jenayah terancang dan masalah ini hendaklah ditangani sebagai isu keselamatan negara.