SHAH ALAM - Kerajaan digesa untuk mengkaji cara berkesan bagi mengatasi masalah mat rempit dan samseng jalanan yang berlarutan sejak sekian lama sehingga membahayakan orang ramai serta anggota polis. Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, setiap punca dan akibat yang mewujudkan isu mat rempit dan samseng jalanan itu perlu diperhalusi serta diperincikan bagi mewujudkan solusi terhadap masalah tersebut. Beliau berkata, kerajaan juga perlu beriltizam dengan melibatkan semua lapisan masyarakat untuk mengatasi masalah berkenaan yang dilihat hanya wujud di Malaysia.