Dapatkan artikel ini untuk diterbitkan semula
JIMAT MASA: Sistem berasaskan akaun ini menjimat masa dan tenaga kerana pengguna tidak perlu beratur di mesin tiket untuk menokok nilai. - Foto fail
PENUMPANG pengangkutan awam kini berpeluang menggunakan kad yang boleh ditokok nilainya melalui aplikasi telefon bijak.
Penumpang boleh memilih untuk menggunakan sistem berasaskan akaun itu bagi semua kad serta 'charm' EZ-Link.
Sistem itu boleh dimulakan di semua mesin tiket dan Pejabat TransitLink serata Singapura, menurut kenyataan yang dikeluarkan EZ-Link semalam.
Kad-kad baru itu memaparkan pelekat di bahagian belakang, menandakan bahawa kad tersebut boleh digunakan dengan aplikasi EZ-Link.
Kad sedia ada yang menggunakan sistem itu tidak memaparkan pelekat tapi pemindahan kepada sistem baru itu dapat dilihat melalui aplikasi secara automatik.