KUALA LUMPUR - Jenazah bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid yang meninggal dunia pagi tadi pada usia 82 tahun, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah II, Bukit Kiara kira-kira pukul 12 tengah tadi. Jenazah yang tiba di tanah perkuburan pada jam 11.45 pagi itu turut diiringi beberapa ahli keluarga terdekat.