Kapal berlanggar di perairan Muar, JAS kesan tompokan minyak
A
PUTRAJAYA -
[DIKEMAS KINI] Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengesan tompokan minyak di kapal yang terlibat dalam satu insiden pelanggaran di perairan Muar, Johor pada tengah malam Sabtu.
Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, JAS telah membuat pemerhatian sepanjang Ahad dan mendapatkan butiran berhubung insiden pelanggaran kapal di perairan Muar.
“Berdasarkan siasatan, terdapat tompokan lapisan nipis minyak setempat dalam radius sekitar 50 hingga 150 meter di kawasan kapal. JAS terus menjalankan pemerhatian dan mendapatkan maklumat dari semasa ke semasa daripada Jabatan Laut Wilayah Selatan.
“Prosedur Tier 2 Kawalan Tumpahan Minyak akan diaktifkan jika perlu untuk kerja kawalan dan pembersihan. Terima kasih kepada semua yang terlibat,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Isnin.