RAWANG - Penduduk Blok 1b di Bandar Tasik Puteri di sini membina bendera gergasi sebesar 3.3 x 7.4 meter persegi menghiasi Jalan 2/22 sebelah blok itu minggu lalu sempena menyambut Bulan Kemerdekaan. Bendera yang menggunakan barangan terpakai itu dibina oleh penduduk yang juga pekebun bandar.