Individu Rentas Negeri, Ulang Alik Kerja Tidak Dibenarkan Hadir Solat Aidiladha Di Perlis
Kini Trending
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah mana-mana individu yang terlibat dengan aktiviti rentas negeri termasuk berulang alik bekerja setiap hari adalah tidak dibenarkan menghadiri ke masjid atau surau bagi menunaikan solat sunat Aidiladha pada 20 Julai ini.
Bakal berlangsung 2 sesi solat sunat
Foto: Utusan
Larangan tersebut turut melarang ahli keluarga yang tinggal bersama mereka untuk ke masjid atau surau. Melainkan individu yang sudah mendapat dua dos suntikan vaksin Covid-19.
Solat sunat Aidiladha bakal berlangsung secara dua sesi di mana sesi pertama akan didirikan di Dataran Istiadat Istana Arau pada 8 pagi. Manakala, bagi sesi kedua akan diadakan pada 9 pagi di pekarangan Masjid Negeri Arau sekiranya terdapat lebihan jemaah.