BATU KAWAN - Sebanyak 45,960 pekerja sektor peruncitan telah menerima vaksin menerusi Program Vaksinasi Industri Peruncitan (RiVAC) yang dijalankan di empat negeri sejak 26 Julai lepas. Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad berkata, daripada jumlah itu sebanyak 13,500 pekerja sektor peruncitan telah lengkap menerima dos kedua mereka.