JAWATANKUASA Bola Sepak Wanita Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil keputusan membatalkan saingan kejuaraan Piala Tun Sharifah Rodziah (PTSR) 2021. Menurut Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar, keputusan mengambil kira situasi semasa berkaitan pandemik Covid-19, hal-hal pengoperasian serta keselamatan pemain, pegawai, petugas perlawanan dan individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan penganjuran pertandingan tersebut.