SHAH ALAM - Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan berlaku penyelewengan Dana Kandungan Digital (DKD) kategori Dana Filem Cereka bernilai lebih RM40 juta. Pengerusinya, Zakaria Abdul Hamid berkata, pengarah dan penulis skrip filem, Mohd Asri Alias, 46, yang membuat pendedahan itu cuba mengaitkan kontroversi itu dengan pihak pengurusan Finas.