Fikrah Islam neraca menilai musibah Covid-19
July 18, 2021
Advertisement
PEMIKIRAN yang matang lagi positif terbit daripada fikrah Islam yang benar merupakan nikmat yang amat bernilai kepada seorang Muslim yang menjadi rakyat sebuah negeri dan negara. Fikrah Islam inilah yang akan menjadi neraca terbaik guna menilai segala ujian dan cabaran hidup agar tidak hilang pertimbangan, hilang kewarasan sehingga memilih sudut yang negatif kepada diri, keluarga, masyarakat, kerajaan, negeri dan negara dalam memberi pandangan, membuat penulisan, melontar bicara, memutus tindakan dan lain-lain.
Realitinya pada hari ini segelintir warganet atau nitezen, beberapa individu, kelompok, kumpulan, NGO dan tidak ketinggalan juga segelintir ahli serta pimpinan parti-parti politik tertentu daripada pembangkang, lebih cenderung mencari kesalahan, menunjukkan kelemahan tidak kurang juga saling menuding jari kepada pihak itu dan ini serta membuat kenyataan dengan lantang bahawa Kerajaaan Pusat dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak mampu menyelesaikan bahkan menguar-uarkan slogan kerajaan gagal lalu mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan.