‘Keputusan gugur enam pemimpin AMK terburu-buru’
A
SHAH ALAM - Tindakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Akmal Nasrullah Mohd Nasir menggugurkan enam pemimpin sayap pemuda itu daripada jawatan AMK Pusat disifatkan sebagai keputusan yang terburu-buru.
Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata, pihaknya mengakui kuasa prerogatif sebagai ketua AMK membolehkan Akmal Nasrullah melantik dan memecat seseorang bagi memperkukuhkan barisan kepimpinannya.
“Bagi saya tindakan pengguguran enam pemimpin AMK itu dibuat secara terburu-buru.
“Prerogatif seorang ketua AMK bukan sahaja dalam melantik dan memecat seseorang, tetapi menguatkan perpaduan di kalangan sayap AMK sebagai benteng Presiden (parti),” katanya kepada Sinar Harian.