SHAH ALAM - Enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sekali lagi mendesak kerajaan untuk menyatakan pendirian berkaitan cukai eksais terhadap vape dan kawal selia yang akan dilaksanakan terhadap produk tersebut. NGO tersebut adalah Pertubuhan Green Lung Malaysia, Pertubuhan Wanita Malaysia untuk Aktiviti Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH), Persatuan Kesihatan Remaja Malaysia (MAAH), Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (OCC), Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) dan Ikram Health Malaysia.