Covid-19 jadikan rakyat Malaysia lebih kuat demi kelangsungan hidup
A
SHAH ALAM - Pandemik Covid-19 menjadikan rakyat Malaysia lebih fleksibel, kuat dan berkeyakinan dalam menghadapi situasi kini dan masa akan datang.
Pakar kewangan pengguna yang juga Dekan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Profesor Dr Mohamad Fazli Sabri berkata, ini kerana wabak tersebut telah menjadikan seseorang itu kuat dalam mengharungi rintangan demi memastikan ekonomi diri dan keluarga lebih terjamin.
Keadaan ini berlaku terutamanya kepada individu yang terpaksa menukar kerjayanya setelah diberhentikan kerja akibat pandemik ini.
“Saya rasa ada hikmah di sebalik pandemik Covid-19. Ia jadikan kita belajar benda baharu. Sebelum ini rasa macam tiada bakat, tapi sekarang bila tersepit, banyak idea yang keluar.