KUALA LUMPUR - Polis masih berusaha untuk menghubungi penyanyi rap Ariz Ramli atau lebih dikenali sebagai Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman. Caprice dalam satu hantaran menerusi halaman Instagramnya berkongsi satu nombor telefon untuk dihubungi oleh pihak polis atau sesiapa sahaja yang mencarinya. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya sudah cuba untuk menghubungi Caprice menerusi nombor telefon yang dikongsi di halaman media sosialnya itu.