RASMI sudah Singapura dipilih sebagai tuan rumah Piala Suzuki AFF 2020 yang dijadualkan berlangsung dari 5 Disember 2021 hingga 1 Januari 2022. Perkara itu diumumkan Konfederasi Bola Sepak ASEAN (AFF) pada Selasa. Mengambil kira situasi semasa pandemik Covid-19, Singapura telah dipilih sebagai tuan rumah kerana memenuhi semua kriteria yang ditetapkan AFF dari segi sokongan kerajaan, kewangan, keselamatan, fasiliti perubatan, penyediaan­ penginapan dan kemudahan sukan.