SEREMBAN - Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) menyerahkan kepada Presiden Parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin sama ada perlu untuk parti itu menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam kabinet baharu di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Eddin Syazlee Shith berkata, perkara itu sudah diputuskan dalam mesyuarat MPT baru-baru ini.