KUANTAN - Memulihkan kembali negara daripada belenggu pandemik Covid-19 pastinya akan menjadi tugas mencabar buat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dilantik sebagai Perdana Menteri Kesembilan pada Jumaat. Justeru, anak kepada Naib Presiden UMNO itu, Nashriq Ismail Sabri, 29, amat berharap rakyat di negara ini dapat memberikan peluang kepada bapanya untuk membuktikan kemampuan dalam mengemudi negara.