KUALA LUMPUR - Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) meminta kerajaan supaya membenarkan perniagaan di negeri-negeri menyambung operasi mereka dengan pematuhan ketat terhadap prosedur operasi standard (SOP) manakala sekatan perjalanan antara negeri dikekalkan. Presiden, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman menggesa pihak berkuasa membuka semula semua sektor ekonomi dalam lingkungan sempadan negeri, memandangkan tindakan itu akan membolehkan perniagaan dan ekonomi pulih, serta merancakkan semula pasaran pekerjaan.